Tuesday, January 31, 2012

Perbaharui Pasport Bibik

Sekiranya pasport bibik anda telah hampir tamat tempoh sah lakunya, anda boleh perbaharui (renew) pasport bibik dengan cara pergi ke Konsulat Jenderal Indonesia di Malaysia (Penang, KL, Johor).

Sebelum ke konsulat, antara salinan dokumen yang perlu disediakan ialah:

1. Surat permohonan majikan (karang dan taip sendiri dan cetak);
2. Pasport bibik;
3. Permit (dilekat dalam pasport);
4. Kad pengenalan majikan (suami dan isteri);
5. Buku bank bibik;
6. Bayaran RM18; dan
7. Gambar (diambil di konsulat, free).

Sekian, terima kasih.