Sunday, September 8, 2013

Muslim perlu kaya?

first skali we need to define who is Muslim. In my humble opinion, muslim ialah orang Islam. Itu ajer? iye, itu ajer.

Next, persoalan utama ialah.. Muslim perlu kaya? pernah tak kita dengar orang kata, orang Islam perlu kaya untuk menunjukkan ketinggian Islam? Saya pernah terdengar ada sekumpulan yang mengatakan begitu.

Tapi, baru-baru ini saya ada berdiskusi dengan seorang sahabat. Beliau berkata.. Muslim x perlu kaya untuk menunjuk, itu akan menimbulkan sifat mazmumah iaitu riak. Beliau memberikan satu contoh ketika perang Qadisiyyah. bila ketika mana khalifah Umar Al-Khattab datang dengan hanya menaiki seekor kuda dengan pembantunya.

pakaian? compang camping, jahit sana jahit sini, bertampong-tampong. Maka ketika dilihat oleh Panglima Perang waktu itu Abu Ubaidah Al-Jarrah, ditegur kenapa seorang khalifah memakai pakaian begini? Dijawab khalifah, aku dimuliakan kerana Islam, bukan kerana pakaian. Arakian sesudah itu, semua penduduk disitu memeluk agama Islam asbab kepada low profilenya khalifah Umar Al-Khattab, bukan kerana kekayaan atau kekuasaannya.

Jadi, nak dipendekkan cerita, kalau kita nak kaya boleh tapi biar kena pada niat dan caranya. Kalau seqadar nak menunjuk Islam itu tinggi dengan cara kaya, x betol la rasanya. Tapi kalau kaya dan banyak bersedeqah dan berbuat kebajikan, itu lain cerita la. Maksud ana di sini, kalau kaya nak menunjuk dengan cara tukar2 keta, umah besar, dll yg sewaktu dengannya.

Sekian, wassalaam.