Sunday, September 8, 2013

Muslim perlu kaya?

first skali we need to define who is Muslim. In my humble opinion, muslim ialah orang Islam. Itu ajer? iye, itu ajer.

Next, persoalan utama ialah.. Muslim perlu kaya? pernah tak kita dengar orang kata, orang Islam perlu kaya untuk menunjukkan ketinggian Islam? Saya pernah terdengar ada sekumpulan yang mengatakan begitu.

Tapi, baru-baru ini saya ada berdiskusi dengan seorang sahabat. Beliau berkata.. Muslim x perlu kaya untuk menunjuk, itu akan menimbulkan sifat mazmumah iaitu riak. Beliau memberikan satu contoh ketika perang Qadisiyyah. bila ketika mana khalifah Umar Al-Khattab datang dengan hanya menaiki seekor kuda dengan pembantunya.

pakaian? compang camping, jahit sana jahit sini, bertampong-tampong. Maka ketika dilihat oleh Panglima Perang waktu itu Abu Ubaidah Al-Jarrah, ditegur kenapa seorang khalifah memakai pakaian begini? Dijawab khalifah, aku dimuliakan kerana Islam, bukan kerana pakaian. Arakian sesudah itu, semua penduduk disitu memeluk agama Islam asbab kepada low profilenya khalifah Umar Al-Khattab, bukan kerana kekayaan atau kekuasaannya.

Jadi, nak dipendekkan cerita, kalau kita nak kaya boleh tapi biar kena pada niat dan caranya. Kalau seqadar nak menunjuk Islam itu tinggi dengan cara kaya, x betol la rasanya. Tapi kalau kaya dan banyak bersedeqah dan berbuat kebajikan, itu lain cerita la. Maksud ana di sini, kalau kaya nak menunjuk dengan cara tukar2 keta, umah besar, dll yg sewaktu dengannya.

Sekian, wassalaam.

Tuesday, January 31, 2012

Perbaharui Pasport Bibik

Sekiranya pasport bibik anda telah hampir tamat tempoh sah lakunya, anda boleh perbaharui (renew) pasport bibik dengan cara pergi ke Konsulat Jenderal Indonesia di Malaysia (Penang, KL, Johor).

Sebelum ke konsulat, antara salinan dokumen yang perlu disediakan ialah:

1. Surat permohonan majikan (karang dan taip sendiri dan cetak);
2. Pasport bibik;
3. Permit (dilekat dalam pasport);
4. Kad pengenalan majikan (suami dan isteri);
5. Buku bank bibik;
6. Bayaran RM18; dan
7. Gambar (diambil di konsulat, free).

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 27, 2011

tazkirah dzuhur ini

setiap org menunggu hari khamis, seronok nak balik awal, pastu cuti jumaat sabtu, pastu mai pulak ahad, dan perkara yg sama berulang, sampai hari khamis pulak, seronok lagi nak balik awal..so, apa sebenarnya tujuan hidup kita...
ahad, isnin, selasa, rabu, khamis (seronok), jumaat, sabtu cuti, ahad mai pulak, ulang lagi...
apa benda kita nak buat...
nak buat itu buat ini, tangguh lagi...nak solat di awal waktu, tangguh lagi, x sempat, byk keja lain nak selesaikan;
nak baca quran setiap kali lepas solat, tangguh lagi, x dan, nak p sana nak p sini;
nak baca buku ilmiah, x sempat gak, byk nak kena buat;
nak sedekah, sat, x cukup lagi, belanja sendiri pun x cukup..
nak apa lagi, sebab apa lagi...bila lagi???

(bersambung....)

Wednesday, February 16, 2011

sollallahu ala Muhammad sollallahu alaihi wa sallam

marilah sama2 kita bykkan zikir dan bersalawat ke atas nabi kita Muhammad s.a.w.
barangsiapa yang mencintai Muhammad maka bersalawatlah nescaya akan membuahkan syafaat di mahsyar kelak.

"Allahumma solli ala Muhammad, wa ala aali Muhammad".

Monday, January 17, 2011

Sehari di Penang

Berenang-renang ke tepian...

renang gaya bebas.

bersedia untuk berenang.

bergambar bersama burung merpati di batu ferringghi.

posing depan it fair cs@usm

"game over"

kuiz it di it fair cs@usm

seronok nak p jln2

Saturday, September 25, 2010

kita atau mereka (part1)

bismillahir rahmanir raheem. assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. alhamdulillah rabbilalamin wassolatu wassalamu ala ashrofil anbiyai wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain. alhamdulillah syukur kita ke hadrat ilahi keran dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dapat mengecapi nikmat iman dan islam hingga ke hari ini. tuan-tuan dan puan-puan, pagi ini, bukan hanya pagi ini pagi-pagi sbl ini pun, dan mungkin pagi2 akan datang, kita mungkin biasa mendengar perbualan-perbualan sebegini, "anak aku .....", "baju aku....", "barang ni....", "elok la...", cantik jugak...", dan lain-lain, yg mana semua tu menandakan betapa kita telah menerima karunia nikmat allah yg x berbelah bahagi. anak contohnya dikaruniakan kpd kita dan kita mendidik mereka mengikut acuan kita sampailah kita puas hati dengan apa yg kita nak anak kita menjadi. kain baju kita (esp. perempuan laa) kita pilih pelbagai warna corak jenis pilihan yg x sama mcm org len, org len pun x sama mcm kita, yg memberi makna betapa byk pilihan yg kita leh buat samp suma org x sama ngan org len. keta contohnya, walaupun sama model tapi x semestinya sama performance, ada yg kata keta dia lebih hebat coz mekanik tu buboh turbo dan sebagainya. ada yg keta yg dh elok p pebaik lagi jadi la lagi "elok", kononnya, tapi ada yg keta dia selalu meragam dia kata xyah pebaik krn itu yg paling elok. sama la dgn yg pilih baju tadi, ada yg x tau pilih smp dok pilih baju yg sama ja krn dia kata baju tu yg paling elok. sama la yg ada anak, dok kata anak dia la yg paling baguih pasai dapat 5A, 8A, 10A, 20A, 100A. apa-apa pun yang pasti (pada pendapat penulis la), semua itu adalah karunia ALLAH yang wajib kita nikmati dan syukuri.
apa yg penulis nk tarik perhatian pembaca sekalian ialah, beberapa pertanyaan dan inkuiri diri sebagai muhasabah dan insafi diri, iaitulah, adakah kita betul2 merasai apa yg kita nikmati sekarang adalah karunia ALLAH, atau kita merasakan apa yg kita ada sekarang ini ialah semata-mata atas hasil mahsul usaha kita sendiri di masa lampau dan di masa akan datang? mari kita sama-sama renungkan.
1. kita ada anak, pada masa yang sama, berapa ramai lagi saudara-saudara kita yg mahukan anak dan sanggup berhabisan semata-mata untuk mendapat zuriat. yg senang dapat zuriat plak (dgn cara x betul), senang2 je buang lam tong sampah. pengajarannya, kalo dh ada anak sekrang ni, jagalah ia krn sesungguhnya ia adalah amanah ALLAH bukan hak kita. bila sebut amanah ALLAH, kenalah jaga ikut aturan yg ALLAH bagi bukan ikut logik akai saja. apa dia aturan dia? wa ma khalaktul jinna wal insan illa liya'buduun, iaitulah mendidik supaya menghambakan diri dan anak hanya kpd ALLAH iaitu dgn mengerjakan yg makruf dan mencegah yg mungkar. camna? awal sekali kena la bagi ilmu fardhu ain, kedua ilmu fardhu kifayah. check balik kita buat yg mcmana, penulis lebih merasakan kita.....(sori ada iklan sat, to be cont...)

Sunday, September 19, 2010

mendidik anak-anak

rasa terpanggil nak aktif semula.....ada saudara Adie USJ18 sms tanya pasal geran keta hilang, cemana nak buat, pastu aku sms balik kt dia follow je mcm dlm posting aku yg sbl ni, insya-Allah setel. (p/s: Adie apa2 status bgtau yea...hehehee)

hmmm....malam ni my wife ada bagitau, kita kalo nak mendidik anak-anak tak boleh rotan atau tampar atau yg sewaktu dgnnya coz nanti tumbesaran anak2 terbantut, iq menurun dan eq x stabil, katanya kawan dia kata.

tapi, aku berpendapat sebaliknya, kalo anak2 x nakal ok la no need to apply canning, tapi kalo dah agak x dengar kata elok la kita rotan serba sikit apa yg patut, jgn bagi sampai lekat bekas udah lerr...tapi kalo lekat pun xper, sapu minyak but-but hpa ngan vicks vaporub insya-Allah lega.

berbalik kepada kalo perlu rotan, rotan la...tapi apa yg lebih penting ialah make sure lepas rotan kita p jumpa anak kita yg dirotan tu explain kat dia kenapa dia dirotan, explain smp dia paham dan dia janji x mau wat lagi (w/pun dia akan buat lagi), pastu sama2 kita bermaafan.

waktu ni suami/isteri mesti sokong perbuatan isteri/suami coz nanti jadi kok len plak, anak2 dia akan suka ibu/bapa yg x rotan dia, so elakkan dari berkeputusan yang bercanggah sesama suami/isteri.

yg bincang ni semua untuk anak2 yg lom dewasa peringkat keanak-anakan 2 - 5 tahun.

so, setakat tu je la ide yg ada mlm ni, jumpa lagi.....assalamualaikum w.b.t.