Saturday, September 25, 2010

kita atau mereka (part1)

bismillahir rahmanir raheem. assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. alhamdulillah rabbilalamin wassolatu wassalamu ala ashrofil anbiyai wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain. alhamdulillah syukur kita ke hadrat ilahi keran dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dapat mengecapi nikmat iman dan islam hingga ke hari ini. tuan-tuan dan puan-puan, pagi ini, bukan hanya pagi ini pagi-pagi sbl ini pun, dan mungkin pagi2 akan datang, kita mungkin biasa mendengar perbualan-perbualan sebegini, "anak aku .....", "baju aku....", "barang ni....", "elok la...", cantik jugak...", dan lain-lain, yg mana semua tu menandakan betapa kita telah menerima karunia nikmat allah yg x berbelah bahagi. anak contohnya dikaruniakan kpd kita dan kita mendidik mereka mengikut acuan kita sampailah kita puas hati dengan apa yg kita nak anak kita menjadi. kain baju kita (esp. perempuan laa) kita pilih pelbagai warna corak jenis pilihan yg x sama mcm org len, org len pun x sama mcm kita, yg memberi makna betapa byk pilihan yg kita leh buat samp suma org x sama ngan org len. keta contohnya, walaupun sama model tapi x semestinya sama performance, ada yg kata keta dia lebih hebat coz mekanik tu buboh turbo dan sebagainya. ada yg keta yg dh elok p pebaik lagi jadi la lagi "elok", kononnya, tapi ada yg keta dia selalu meragam dia kata xyah pebaik krn itu yg paling elok. sama la dgn yg pilih baju tadi, ada yg x tau pilih smp dok pilih baju yg sama ja krn dia kata baju tu yg paling elok. sama la yg ada anak, dok kata anak dia la yg paling baguih pasai dapat 5A, 8A, 10A, 20A, 100A. apa-apa pun yang pasti (pada pendapat penulis la), semua itu adalah karunia ALLAH yang wajib kita nikmati dan syukuri.
apa yg penulis nk tarik perhatian pembaca sekalian ialah, beberapa pertanyaan dan inkuiri diri sebagai muhasabah dan insafi diri, iaitulah, adakah kita betul2 merasai apa yg kita nikmati sekarang adalah karunia ALLAH, atau kita merasakan apa yg kita ada sekarang ini ialah semata-mata atas hasil mahsul usaha kita sendiri di masa lampau dan di masa akan datang? mari kita sama-sama renungkan.
1. kita ada anak, pada masa yang sama, berapa ramai lagi saudara-saudara kita yg mahukan anak dan sanggup berhabisan semata-mata untuk mendapat zuriat. yg senang dapat zuriat plak (dgn cara x betul), senang2 je buang lam tong sampah. pengajarannya, kalo dh ada anak sekrang ni, jagalah ia krn sesungguhnya ia adalah amanah ALLAH bukan hak kita. bila sebut amanah ALLAH, kenalah jaga ikut aturan yg ALLAH bagi bukan ikut logik akai saja. apa dia aturan dia? wa ma khalaktul jinna wal insan illa liya'buduun, iaitulah mendidik supaya menghambakan diri dan anak hanya kpd ALLAH iaitu dgn mengerjakan yg makruf dan mencegah yg mungkar. camna? awal sekali kena la bagi ilmu fardhu ain, kedua ilmu fardhu kifayah. check balik kita buat yg mcmana, penulis lebih merasakan kita.....(sori ada iklan sat, to be cont...)

Sunday, September 19, 2010

mendidik anak-anak

rasa terpanggil nak aktif semula.....ada saudara Adie USJ18 sms tanya pasal geran keta hilang, cemana nak buat, pastu aku sms balik kt dia follow je mcm dlm posting aku yg sbl ni, insya-Allah setel. (p/s: Adie apa2 status bgtau yea...hehehee)

hmmm....malam ni my wife ada bagitau, kita kalo nak mendidik anak-anak tak boleh rotan atau tampar atau yg sewaktu dgnnya coz nanti tumbesaran anak2 terbantut, iq menurun dan eq x stabil, katanya kawan dia kata.

tapi, aku berpendapat sebaliknya, kalo anak2 x nakal ok la no need to apply canning, tapi kalo dah agak x dengar kata elok la kita rotan serba sikit apa yg patut, jgn bagi sampai lekat bekas udah lerr...tapi kalo lekat pun xper, sapu minyak but-but hpa ngan vicks vaporub insya-Allah lega.

berbalik kepada kalo perlu rotan, rotan la...tapi apa yg lebih penting ialah make sure lepas rotan kita p jumpa anak kita yg dirotan tu explain kat dia kenapa dia dirotan, explain smp dia paham dan dia janji x mau wat lagi (w/pun dia akan buat lagi), pastu sama2 kita bermaafan.

waktu ni suami/isteri mesti sokong perbuatan isteri/suami coz nanti jadi kok len plak, anak2 dia akan suka ibu/bapa yg x rotan dia, so elakkan dari berkeputusan yang bercanggah sesama suami/isteri.

yg bincang ni semua untuk anak2 yg lom dewasa peringkat keanak-anakan 2 - 5 tahun.

so, setakat tu je la ide yg ada mlm ni, jumpa lagi.....assalamualaikum w.b.t.